Selamat berjaya kepada semua calon PT3 2016 yang akan menduduki peperiksaan tersebut yang akan bermula pada hari ini. Semoga kejayaan mengiringi kalian.
0 Comments
Warga SMK Putrajaya Presint 14(1) ingin mengalu-alukan kedatangan Encik Ruslan bin Abd Rahman, Tuan Pengetua yang baharu bagi menggantikan Puan Hajah Um Taksiah bt ISmail yang telah bertukar ke SMK Datuk Ibrahim Yaakob, Kuala Lumpur.
Semoga kehadiran Tuan Pengetua ke sekolah ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan sekolah. 31 Mac 2016
Kelas tambahan bagi PT3 dan SPM 2016 akan bermula pada 1 April 2016. Hari : Setiap Jumaat Masa : 3.00 - 4.30 petang Jadual telah diedarkan kepada pelajar. Terima kasih. Sekalung penghargaan terima kasih kepada Penolong Kanan SMKPP14(1), Datin Habbulmatain binti Maliki yang telah berkhidmat menabur bakti dan keringat di SMKPP14(1) dan kini telah pun bertukar ke Shah Alam. Semoga beroleh kejayaan dan meneruskan legasi kecemerlangan di tempat baru.
Selamat datang kami ucapkan kepada Puan Pauziah bt Ahmad, Penolong Kanan baru, yang akan menjadi sebahagian daripada warga SMKPP14(1). Semoga dapat memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman Puan yang berharga bersama-sama kami. "Kesungguhan Menghasilkan Kejayaan" "Full Effort, Full Victory" "Man Jadda Wa Jadda" Untuk pengetahuan warga SMKPP14(1), jadual waktu kelas boleh diakses seperti di bawah:
Unit Jadual Waktu 2016 SMKPP14(1) Untuk makluman ibu bapa, Majlis Aku Janji PT3 dan SPM 2015 akan diadakan seperti berikut,
TARIKH : 27 Februari 2015 (Jumaat) MASA : 8.00 - 12.00 tghari TEMPAT : Dewan Inspirasi, SMKPP14(1) Diharap tuan/puan dapat hadir untuk bersama-sama anak-anak tuan/puan melafaz ikrar untuk mendapat keputusan baik dalam peperiksaan besar PT3 dan SPM pada tahun ini. Merentas Putra telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.
Tahniah kepada rumah Kenyalang (merah) telah menjuarai Kejohanan Merentas Putra buat kali yang kedua berturut-turut. Tarikh : 05 Februari 2015 Masa : 8.00 - 11.00 pagi Tempat : Sekitar Presint 14, Putrajaya Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung dengan jayanya dan perlantikan ahli jawatankuasa baru.
Selain itu, berlangsung juga penyerahan Wang Bantuan RM100 kepada ibu bapa. Tarikh : 30 Januari 2015 Masa : 2.30 - 6.00 petang Tempat : Dewan Inspirasi, SMK Putrajaya Presint 14(1) Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan. Perbincangan berlangsung dengan baik. Pelbagai persetujuan telah dicapai. Ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi hadir. Berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan bilangan 23 Tahun 2014, berikut ialah cadangan cuti peristiwa dan cuti berganti tahun 2015. *13,14 dan 15 Julai 2015 ( Isnin,Selasa,Rabu) merupakan hari persekolahan. *13 November 2015 ( Jumaat ) merupakan hari persekolahan.
|