KATA ALUAN PENGETUA
Bismillahirrahmaanirrahim,Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat menyiapkan laman web sekolah SMKPP14(1) . Saya juga amat berbesar hati kerana dapat memahat kata-kata di ruangan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mengakses laman web sekolah ini untuk tujuan mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Selain itu,laman web ini juga dapat membantu ibu bapa mendapat maklumat terkini berkaitan sekolah ini dan dapat mengetahui segala aktiviti yang berjalan di sekolah ini. Saya berharap agar laman web ini akan berkembang dari semasa ke semasa dan ia dapat melonjakkan nama SMKPP14(1) setaraf dengan sekolah cemerlang yang lain disamping membantu warga SMKPP14(1) untuk mengakses maklumat tentang aktiviti yang akan berlangsung pada masa yang tertentu. Saya juga berharap agar laman web ini dapat berfungsi dengan berkongsi pelbagai aktiviti, kenangan dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga SMKPP14(1) , keputusan PT3 dan SPM serta pelbagai pencapaian di dalam dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Akhir kata saya berdoa semoga laman web ini akan menjadikan SMKPP14(1) lebih maju, inovatif dan kompetetif bagi mengharungi cabaran dunia digital yang semakin mencabar dewasa ini. Selamat maju jaya. Sekian, terima kasih. RUSLAN BIN ABD RAHMAN Pengetua SMK Putrajaya Presint 14(1) |